Rawatan Kemoterapi

RAWATAN KANSER :  KEMOTERAPI DAN RADIOTERAPI

PENDAHULUAN

Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser. Bab ini akan membincangkan kaedah rawatan radioterapi khusus untuk kanser organ reproduktif wanita terutamanya kanser pangkal rahim, kanser rahim dan kanser payudara. Rawatan radioterapi untuk kanser-kanser yang melibatkan organ-organ badan yang lain mempunyai kaedah yang berbeza walaupun mempunyai asas yang sama.



BAGAIMANA RADIOTERAPI BERTINDAK KE ATAS SEL-SEL KANSER

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.
Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.
APAKAH FUNGSI RAWATAN RADIOTERAPI



Rawatan radioterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan radioterapi adalah seperti berikut :
A. RAWATAN UTAMA. Sebagai kaedah rawatan utama kanser.
B. RADIOTERAPI ADJUVAN. Kaedah rawatan radioterapi ini diberikan untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan Radioterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan Radioterapi selepas rawatan pembedahan radikal histerektomi untuk kes kanser pangkal rahim. Pakar Kanser akan menentukan samada pesakit memerlukan rawatan radioterapi adjuvan.
C. RADIOTERAPI NEOADJUVAN. Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan radioterapi (“Neoadjuvant Radiotherapy”) ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan  menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser payudara.
D. RADIOTERAPI PALIATIF. Peranan terakhir rawatan Radioterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Radioterapi Paliatif ( “Palliative Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser payudara ataupun kanser-kanser lain yang merebak ke tulang belakang dan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ataupun lumpuh. Contoh lain adalah rawatan ke atas kanser yang merebak ke bahagian otak. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan lumpuh. Rawatan radioterapi paliatif ini cuma diberikan pada bahagian yang menjadi penyebab kesakitan ataupun kelumpuhan sahaja. Kanser di bahagian lain badan tidak akan dirawat kerana ianya sudah tidak dapat disembuhkan lagi.



MEMAHAMI KEMOTERAPI

Salah satu kaedah rawatan kanser yang sering diberikan kepada pengidap kanser adalah ubat kemoterapi. Bab ini disediakan untuk membantu anda, keluarga anda dan rakan-rakan anda memahami kemoterapi. Kemoterapi tidak dapat tidak akan mengubah kehidupan anda. Disamping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, anda mungkin juga akan merasa sukar untuk bercakap mengenai apa yang anda rasa kepada orang lain. Dengan memahami bagaimana kemoterapi bertindak ke atas sel-sel yang normal dan tidak normal dalam diri anda, diharap anda akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampingan yang dialami sepanjang dalam rawatan ini. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani rawatan kemoterapi ini.

APAKAH ITU KEMOTERAPI

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Di sini, kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan anda. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi. Bila lebih dari satu jenis ubat digunakan, ia dipanggil kemoterapi kombinasi.

BAGAIMANA KEMOTERAPI BERTINDAK

Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Ubat kemoterapi sebenarnya banyak yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti contohnya ubat Paclitaxel yang digunakan untuk merawat banyak jenis kanser. Ubat kemoterapi ini dihasilkan dari kulit pokok yew. Terdapat beberapa kategori ubat kemoterapi yang mempunyai perbezaan dari segi bagaimana ubat-ubat ini mematikan sel-sel kanser. Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak. Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang. Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku ianya adalah lebih bersifat sementara.

APAKAH FUNGSI RAWATAN KEMOTERAPI

Rawatan kemoterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan kemoterapi adalah seperti berikut :
A. RAWATAN UTAMA. Sebagai kaedah rawatan utama kanser. Contoh rawatan kemoterapi sebagai rawatan utama adalah di dalam kes kanser anggur ataupun koriokarsinoma.
B. KEMOTERAPI ADJUVAN. Untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan kemoterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant chemotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan kemoterapi ke atas pesakit kanser ovari yang telah menjalani rawatan pembedahan.
C. KEMOTERAPI NEOADJUVAN. Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan kemoterapi ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan akan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser ovari.
D. KEMOTERAPI PALIATIF. Peranan terakhir rawatan kemoterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Kemoterapi Paliatif ( “Palliative Chemotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser pangkal rahim ataupun kanser-kanser lain yang merebak biji kelenjar Para-aortik dan menyebabkan penyumbatan saluran buah pinggang dan menyebabkan salur buah pinggang dan buah pinggang menjadi bengkak (“hydroureter, hydronephrosis”). Pesakit akan menghadapi masalah sakit pinggang dan jangkitan buah pinggang. Biji kelenjar yang besar ini juga boleh menekan urat saraf dari tulang belakang dan menyebabkan kesakitan bahagian belakang. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan kesan penyempitan. Rawatan kemoterapi paliatif ini tidak bertujuan untuk menyembuhkan penyakit kanser pesakit tetapi untuk mengurangkan penderitaan akibat kesakitan.


===================================



KIMOTERAPI:APA YANG ANDA PERLU TAHU
Chemotherapy drugs
kimoterapi hand
Kimoterpi adalah satu kaedah yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat kanser.Ia adalah “magic words” yang sering keluar dari mulut pegawai perubatan dalam menghadapi kanser.Adalah amat penting anda mengetahui maklumat yang sebenar mengenai kimoterapi sekiranya doktor mencadangkan anda menjalani kimoterapi.Kerana seringkali pesakit kanser diberi penerangan sepintas lalu sahaja memandangkan adakalanya doktor terpaksa menyembunyikan sesuatu fakta kerana pelbagai sebab.


KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser  yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi  untuk jenis2 kanser berlainan.


Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kimoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser,kesihatan anda dan sejauhmana potensi kanser akan merebak pada organ2 penting anda.


1.Melalui salur darah.Dadah akan disalurkan melalui salur darah yang cara menyeluruh keseluruh badan anda.Ini dilakukan sekiranya kanser anda berada pada tahap 4 dan sel kanser anda telah merebak ke banyak bahagian badan anda.Kaedah ini dikenali “INTRAVENOUS IV”.


2.Melalui mulut.Kaedah ini anda mengambil dadah kimo melalui pil yang ditelan.


3.Melalui suntikan.Dadah kimo disuntik terus kepada kedudukan kanser atau tumor.


4.Sapuan pada kulit.Kaedah ini digunakan untuk kanser kulit.


Apakah kesan sampingan Kimoterapi.Kimoterapi terkenal dengan banyak kesan sampingan dan adakalanya doktor tidak menyatakan kesemuanya atas pelbagai sebab.Berikut adalah kesan2 sampingan yang agak lengkap yang perlu anda ketahui.


1.Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.
2.Kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut
3.Keguguran rambut samaada  sebahagian atau keseluruhan.
4.Kebas pada tapak tangan atau kaki.
5.Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.
6.Sering muntah adakalanya disertai darah.
7.Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan.
8.Perubahan kepada warna kulit
9.Mudah dujangkiti penyakit samaada demam,batuk dsbnya.Kerana sistem imun telah binasa.
10.Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya.
11.Kelesuan atau tidak bermaya.
12.Hilang selera makan.


Adakalanya simpton2  diatas adalah berbentuk sementara dan akan hilang apabila anda memberhentikan rawatan kimoterapi.Kebiasaanya doktor akan menggunakan dadah2 tertentu untuk menghadapi setengah2 simpton.Namun jika terjadi kerosakan pada organ2 tertentu  badan ia kebiasaanya bersifat kekal.Ini termasuk kerosakan pada saluran darah.


Kos Rawatan Kimoterapi.
Sebelum anda menerima tawaran kimoterapi sila pastikan anda berkemampuan dari segi kewangan anda.Ini adalah kerana biasanya doktor tidak benar2 dapat memastikan berapa lamakah atau berapa kalikah anda harus menjalani kimoterapi.Dan adalah juga penting anda bertanya kepada doktor anda kebarangkalian anda terpaksa beralih kepada dadah yang lebih kuat setelah memulai dengan dadah yang kurang kuat.Dadah yang lebih kuat amat mahal.Adakalanya ia bolih mencecah sehingga RM5000 ke RM10,000 untuk sekali kimo di hospital swasta dan hospital kerajaan dalam lingkungan RM2000.Kos ini belum mengambil kira beberapa faktor lain umpamanya pembedahan kecil,tempat rawatan ( adakalanya kimo bolih dilakukan dirumah ).


Jika anda mempunyai insuran kesihatan pastikan jumlah bayaran yang akan ditanggung olih pihak insuran dan polisi anda menyatakan jenis ubat kanser yang didalam skop ditanggung olih pihak insuran.Pihak insuran mempunyai kaedah2 tertentu untuk membataskan pembayaran bergantung kepada premium yang anda bayar.


Yang mustahak,tanya doktor anda dahulu jenis2 dadah yang dijangka digunakan dan serahkan pada pihak insuran.Olih itu anda perlu bijak bila membeli polisi insuran.Perubatan kanser perlu dituliskan dengan jelas didalam perjanjian bukan hanya sekadar janji mulut agen2 insuran.Kerana pengubatan kanser bolih sahaja mencecah ratusan ribu ringgit


Sebelum anda membuat keputusan untuk menjalani kimoterapi perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah “apakah jenis kanser yang sedang anda hadapi dan kepantasannya merebak kepada organ2 penting yang bolih melumpuhkan keseluruhan sistem badan anda.Umpamanya,adakah tumor anda berada berhampiran jantung atau paru2 anda.Adakah anda menghadapi kanser pada organ penting seperti kanser perut atau kanser usus.Mengapa ini penting?